ADUN Batu Kitang Berpuas Hati Program Imunisasi Outreach Di Kampung Semeba

AHAD, 18 JULAI 2021

KUCHING : Program Imunisasi COVID-19 Mobile Outreach di Dewan Serbaguna Kampung Semeba menyaksikan seramai 250 lebih individu telah hadir untuk divaksinasi bagi dos pertama, pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang semasa meninjau, sangat berpuas hati atas pencapaian RELA yang menyelia di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkenaan, termasuk para penerima yang akur dengan arahan yang diberikan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bomba dan semua sukarelawan mahupun individu yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam usaha menjayakan proses pemberian vaksin dikawasan itu. -EDISI UKAS

Share
0

add comment