ADUN Meradong Turun Padang Tinjau Program Vaksinasi

AHAD, 18 JULAI 2021

BINTANGOR : Seramai 495 individu telah divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor, pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maradong, Datuk Ding Kuong Hiing ketika meninjau ke PPV berkenaan berasa amat gembira melihat sambutan dan penglibatan penduduk yang hadir mendapatkan suntikan.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada sesiapa yang namanya tercicir dalam senarai sebelum ini atau yang belum mendaftar untuk datang dan berhubung dengan petugas di kaunter yang disediakan di situ.

Menurut rekod, seramai 189 orang telah menerima suntikan dos pertama manakala 306 orang lagi menerima suntikan kedua pada hari tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan baju kepada petugas-petugas di PPV tersebut yang terdiri daripada anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Darerah Maradong dan Julau (MDMJ) serta para sukarelawan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment