Datuk Amar Jaul Samion Lawat SJK Chung Hua Lingga

AHAD, 18 JULAI 2021

LINGGA: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion telah mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Lingga pada Jumaat untuk melihat sendiri keadaan sekolah yang usang semenjak dibina pada tahun 1982.

Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) SJK Chung Hua seterusnya menyerahkan proposal pembinaan semula bangunan sekolah tersebut dengan anggaran peruntukan yang diperlukan RM3 Juta.

Harapan daripada LPS SJK Chung Hua adalah agar ianya diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Hadir bersama Pengerusi LPS sekolah Ong Chen Thiam , Kapitan Kuek Siaw Yong, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee dan Temenggong Kueh Aik Seng.-EDISI UKAS

Share
0

add comment