Datuk Naroden Sempurnakan Simbolik Program Ziarah UKAS Di Simunjan

AHAD, 18 JULAI 2021

SIMUNJAN : Seramai 50 penduduk asnaf yang tersenarai daripada 30 buah kampung di Zon 3 Ulu Simunjan, menerima bantuan makanan beserta barangan kesihatan bersempena Program Ziarah UKAS.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais kepada wakil Kampung Semalatong B, Kaunselor Margaret Mamut dan wakil Kampung Tinting Tuba, Tuai Rumah Marcos Jak, bertempat di Rumah Rehat Keniong, pada Sabtu.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Semalatong A, Kampung Semalatong B, Kampung Semalatong Indah, Kampung Sibau Rumbau, Kampung Isu Sungai Semabang, Kampung Isu Semabang, Kampung Isu Lama, Kampung Isu Baru, Kampung Isu Jaya, Kampung Isu Sedia, Kampung Gayau Padok, Kampung Tinting Tuba, Kampung Gayau Mawang, Kampung Gayau Simpang Munggu Lalang dan Kampung Munggu Sabun.

Seterusnya, Kampung Batu Pengasah, Kampung Blau Baru, Kampung Blau, Kampung Kepayang Berangan, Kampung Kepayang Lama, Kampung Kepayang String, Kampung Kepayang Setia Jaya, Kampung Munggu Ai, Kampung Tebun, Kampung Sengkalan, Kampung Keniong Jaya, Kampung Keniong Lama, Kampung Keniong Munggu Jernih, Kampung Keniong Biru dan Kampung Keniong Baru.

Semasa ditemubual, Datuk Naroden mengucapkan ribuan terima kasih kepada UKAS, Pejabat Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Simunjan (MDS) atas bantuan dan usaha yang diberikan demi membantu penduduk yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

Program kali ini dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Simunjan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Ulu Simunjan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment