Dua Premis Terpilih Terima Penggunaan KGC

18 JULAI 2021

LUBOK ANTU: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis  telah menyempurnakan Pergerakan Outreach Rakan  Strategik di Daerah Lubok Antu.

Dalam program tersebut, premis Jit Siang dan Jit Lin telah dipilih sebagai Premis di Daerah yang boleh menerima penggunaan Kenyalang Gold Card (KGC).

Pemegang Kad KGC boleh menggunakan Kad tersebut di Premis berkaitan dengan kadar diskaun yang telah ditetapkan mengikut barang yang terpilih.

Untuk itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang mengucapkan tahniah kepada premis yang telah dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kegunaan Kad KGC.-EDISI UKAS

Share
0

add comment