Mangsa Kejadian Ribut Terima Bantuan Kilat Daripada ADUN Kabong

AHAD, 18 JULAI 2021

KABONG: Mangsa kejadian ribut di Kampung Alit Kabong mendapat simpati dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir dan segera menghulurkan sumbangan.

Bantuan kilat itu diberikan pada kadar segera kepada mangsa, Amin Mos yang terkesan akibat kejadian ribut berkenaan.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir pada Ahad bagi mewakili Mohd Chee.

Dalam kejadian ribut yang berlaku pada 7 Julai lepas, rumah milik Amin musnah hampir 70 peratus. – EDISI UKAS

Share
0

add comment