Seramai 1,100 Penerima Divaksinasi Di PPV Lundu Dalam Masa Sehari

AHAD, 18 JULAI 2021

LUNDU : Seramai 889 penduduk hadir mandapatkan vaksin COVID-19 bagi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Lundu, pada Sabtu.

Manakala sebanyak 211 orang pula hadir bagi melengkapkan dos kedua mereka.

Tinjauan UKAS mendapati proses vaksinasi berjalan lancar serta terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Untuk makluman, setakat Sabtu juga, 2,400 dos vaksin telah diberikan kepada penerima di tiga PPV di daerah Lundu.

Daripada jumlah itu, 1,829 orang menerima dos pertama manakala 571 lagi menerima dos kedua. -EDISI UKAS

Share
0

add comment