Seramai 1,460 Individu Dari Tupong Lengkapkan Vaksinasi

AHAD, 18 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 1,460 orang individu dari kawasan Tupong yang menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada 26 Jun lepas melengkapkan vaksinasi mereka menerusi program vaksinasi bergerak pada Sabtu.

Antara penerima vaksin yang terlibat ialah dari Kampung Kolong 2, Kampung Kolong 1, Taman Banjaran Serapi, Taman Serapi Jaya dan kawasan yang berdekatan.

Seramai 37 petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Petra Jaya bertugas semasa program vaksinasi tersebut.

Turut membantu dalam menjayakan program vaksinasi itu adalah para Exco Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Ranting PBB DUN Tupong. -EDISI UKAS

Share
0

add comment