129 Orang Penduduk Kampung Sepit Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama

ISNIN, 19 JULAI 2021

PADAWAN: Program Outreach Vaksinasi Daerah Kecil Padawan berjaya memberikan suntikan vaksin jenis Sinovac bagi dos pertama kepada 129 orang penduduk Kampung Sepit di sini pada Ahad.

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil bersama dengan anaknya, Dr. Abner Jerip turun padang bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada program tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu memberitahu, seramai 111 orang penerima vaksin daripada jumlah 129 orang merupakan warga tempatan manakala 18 orang lagi penerima merupakan warga Indonesia yang berkahwin dengan penduduk Kampung Sepit.

Turut bersama rombongan Datuk Dr Jerip ialah , Pegawai Tadbir Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Padawan, Dr Hamizah.

Untuk rekod, Kampung Sepit, merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia. -EDISI UKAS

Share
0

add comment