2,700 Orang Penduduk Kampung Tabuan Jalani Ujian Saringan COVID-19

ISNIN, 19 JULAI 2021

SANTUBONG: Seramai 2,700 orang penduduk Kampung Tabuan menjalani ujian saringan COVID-19 di Dewan Datuk Sri Wan Junaidi pada Ahad.

Ianya adalah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tabuan Hilir, Tabuan Tengah, Tabuan Lot, Tabuan Lama dan Tabuan Dani yang bermula pada 16 Julai lepas.

Petugas barisan hadapan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) bekerjasama bagi melancarkan proses saringan tersebut. –EDISI UKAS

Share
0

add comment