500 Individu Lengkap Divaksinasi Di PPV Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong

ISNIN, 19 JULAI 2021

SEBUYAU : Seramai  500 individu hadir untuk divaksinasi dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong, pada Isnin.

Menerusi tinjauan UKAS, proses vaksinasi telah berjalan dengan lancar dan terkawal dengan para penerima vaksin  memberikan kerjasama terhadap para petugas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), disamping hadir tepat pada waktu temujanji yang ditetapkan.

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 4.00 petang itu memberikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac kepada penerima.-EDISI UKAS