ADUN Kedup Sempurnakan Penyerahan 507 Unit Komputer di 79 Sekolah Rendah Daerah Serian

ISNIN, 19 JULAI 2021

SERIAN : Sebanyak 79 buah sekolah rendah di Daerah Serian telah menerima 507 unit komputer jenis Raspberry PI pada Isnin.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben yang mewakili Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong, disertai ADUN Bukit Semuja, John Ilus, bertempat di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin.

Program yang menelan belanja sebanyak RM12 juta tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan bertujuan bagi memperkasakan penggunaan dan pembelajaran asas komputer kepada semua pelajar di setiap sekolah rendah diseluruh Sarawak.

Untuk makluman, pengagihan komputer itu telah dilakukan secara berperingkat iaitu dalam 3 fasa yang mana telah bermula sejak Mei, melibatkan 1265 buah sekolah rendah diseluruh Sarawak.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat,Azizah Mohamad Bee, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak,Kameri Affendi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Dr Simon Sinang Bada, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni, Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Chali Unggang serta Pegawai Daerah, Joseph Liaw. -EDISI UKAS

Share
0

add comment