ADUN Muara Tuang Arah FReT Lakukan Penghantaran Air, Lebih 20 Kampung Terjejas Akibat Paip Utama Pecah

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang mengerahkan pasukan First Response Team (FReT) DUN Muara Tuang dengan kerjasama Lembaga Air Kuching (KWB) dan pihak kontraktor melakukan operasi penghantaran bekalan air bersih secara besar-besaran di kawasan berkenaan selepas lebih 20 buah kampung mengalami gangguan bekalan air susulan paip utama pecah.

Menurut Ketua Marqas Operasi ADUN Muara Tuang, Aziz Mohamad, operasi penghantaran bekalan air bersih telah dijalankan petang semalam hingga hari ini tanpa henti.

Tambahnya, ADUN Muara Tuang telah mengerahkan pihak terlibat agar penghantaran air perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan bekalan air dapat dibekalkan dan mengurangkan impak besar gangguan bekalan air kepada penduduk yang terjejas di kawasan DUN Muara Tuang.

Jelasnya, ADUN Muara Tuang memahami kesulitan yang dihadapi dan amat menghargai kesabaran yang tinggi daripada penduduk serta akan membantu sedaya upaya bagi memastikan bekalan air dapat dibekalkan untuk penduduk di kawasan yang terjejas. -EDISI UKAS

Share
0

add comment