ADUN Simanggang Serah KGC Kepada Lima Warga Emas

ISNIN, 19 JULAI 2021

LUBOK ANTU: Seramai lima orang warga emas menerima Kenyalang Gold Card (KGC) yang diserahkan oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampung Hilir, Lubok Antu.

Menurutnya, KGC yang diserahkan itu dapat digunakan oleh para penerima di premis Jit Siang dan Jit Lin, Lubok Antu.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Sarawak yang telah meluluskan KGC bagi rakyat Sarawak berumur 60 tahun ke atas terutamanya penduduk di Lubok Antu,”katanya pada Sabtu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menyampaikan bantuan bulanan RM450 kepada lima orang penerima KGC tersebut.

Beliau juga menasihati rakyat Sarawak yang telah mencapai umur 60 tahun ke atas untuk membuat permohonan KGC.

Dalam pada itu, Datuk Francis juga menyerahkan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) kepada tiga orang penerima dan bantuan khas pesakit buah pinggang kepada seorang penerima. –EDISI UKAS

Share
0

add comment