ADUN Simunjan Bincang Penyelarasan Projek Pembangunan Bersama KMKK

ISNIN, 19 JULAI 2021

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris mengadakan perjumpaan bersama Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Simunjan bagi membincangkan penyelarasan projek pembangunan di kawasan berkenaan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), perjumpaan tersebut dibahagikan kepada tiga sesi iaitu melibatkan Zon Temiang, Zon Simunjan Proper dan Zon Sungai Apin bagi konstituensi DUN Simunjan.

Dalam pada itu, Awla turut mengadakan sesi randau dengan KMKK bagi membincangkan secara santai mengenai permasalahan serta keperluan masyarakat di sini.

Semasa sesi tersebut, Awla turut menerangkan projek-projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan di DUN Simunjan.

Tambah beliau, segala projek untuk rakyat di konstituensi berkenaan adalah untuk kebaikan bersama tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa yang mana beliau tidak mahu Simunjan tidak terlalu jauh ketinggalan berbanding kawasan lain.

Dalam perjumpaaan itu juga, kesemua KMKK yang mewakili masyarakat di DUN berkenaan telah sebulat suara agar Awla dikekalkan untuk menjadi calon di kawasan Simunjan pada pilihan raya negeri akan datang.

Ini kerana sepanjang satu penggal beliau menjadi wakil rakyat di situ telah banyak pembangunan dibawanya menerusi kerajaan negeri. -EDISI UKAS