Datuk Liwan Dan Datuk Wilson Ugak Santuni Warga Emas Di Belaga

ISNIN, 19 JULAI 2021

BELAGA: Menteri Muda Uliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga telah menyantuni tiga orang warga emas di Belaga pada Ahad.

Beliau disertai Ahli Dewan Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada ketiga-tiga penerima tersebut.

Mereka terdiri daripada Hangit Ngo dan Uba Deng yang masing-masing berumur 87 tahun dan 81 tahun dari Uma Aging, Long Daah.

Sumbangan daripada Jawatankuasa Kebajikan N.65 Belaga itu turut disampaikan kepada Usun Lusat dari Uma Kenyah, Long Bangan, Belaga.

Sementara itu, penerima sumbangan merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Liwan di atas sumbangan yang sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan dan memudahkan pergerakkan mereka.-EDISI UKAS

Share
0

add comment