Datuk Sri Alexander Nanta Tinjau Operasi PPV Dewan Sri Baleh

ISNIN, 19 JULAI 2021

KAPIT: Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Sri Alexander Nanta Linggi telah melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Baleh, Kapit pada Ahad.

Rombongan beliau turut disertai Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Mohd Shahabudin Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat serta yang lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit diberi taklimat berkenaan pengoperasian PPV tersebut.

Pada program tersebut seramai 145 orang penduduk telah tampil mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk dos kedua.-EDISI UKAS

Share
0

add comment