PEMULIH: Ahli Parlimen Batang Lupar Serah 1000 Bakul Makanan Kepada Golongan Asnaf Di DUN Lingga

ISNIN, 19 JULAI 2021

LINGGA: Sebanyak 1,000 bakul makanan diagihkan kepada golongan asnaf yang layak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di Kampung Masjid Baru Sri Aman, pada Ahad.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim telah menyempurnakan simbolik agihan bakul makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu.

Menurutnya, program bantuan bakul makanan PEMULIH itu adalah untuk memperkasakan program bantuan bakul makanan sedia ada sekaligus memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh kawasan di DUN Lingga.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Masjid Baru, Husaini Abu Talib mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan persekutuan menerusi PEMULIH dan berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban penduduk kampung.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit, wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Azmi Mohamad dan Penghulu Abang Norin Norudin. -EDISI UKAS

Share
0

add comment