Pengusaha Premis Makanan Dan Minuman, Penjaja Belum Terima Vaksin Segera Berdaftar Dengan MBM

ISNIN, 19 JULAI 2021

MIRI: Pengusaha premis makanan dan minuman serta penjaja yang belum menerima suntikan vaksin segera berdaftar dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Gesaan ini dibuat Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin ketika mengadakan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di Tamu Muhibbah, Tamu Khas dan Persiaran Kabor pada Ahad. 

Semasa melawat kawasan di Taman Muhibbah, hampir semua penjaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 dan lebih 50 peratus daripada penjaja di kawasan itu telah menerima kedua-dua dos suntikan vaksin. 

Demikian juga di Persiaran Kabor apabila laporan MBM menyatakan 93 peratus pengusaha dan pekerja daripada kedai makan dan minum di sekitar Bandaraya Miri telah menerima sekurang-kurang satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, bagi pemandu teksi di Tempat menunggu Teksi Jalan Kabor kebanyakan mereka ditemui telah menerima suntikan vaksin dos kedua dengan menunjukkan kad atau Sijil Vaksinasi Elektronik (e- Certificate) dalam aplikasi MySejahtera. 

Ujarnya lagi, pasukan Penguatkuasa MBM juga akan mengadakan lawatan ke beberapa kawasan lain bagi memastikan tiada golongan pengusaha gerai makanan atau penjaja yang tercicir. 

Dalam perkembangan sama, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak menyatakan kelegaannya apabila orang awam yang ditemui di premis makanan dan minuman telah menerima sekurang-kurannya satu dos suntikan vaksin COVID-19. 

Pada majlis itu, MBM juga membantu mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin dengan mendaftar secara manual. 

Orang ramai di Bahagian Miri yang masih belum berdaftar atau masih belum menerima sebarang notifikasi janji temu vaksin COVID-19 sehingga kini boleh berhubung melalui aplikasi Whatsapp di nombor 011-59284348 atau 011-59424290 dengan menyertakan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat lengkap. 

Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Vaksin Bahagian Miri di talian 085-322 229, 085-322410, 085-322382 dan 085-322127. 

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN N73 Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, Pemangku Residen Bahagian Miri yang juga Pemangku Pengerusi JPBB Miri Jamalie Busri, Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu Dr. Jack Wong Siew Yu, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick dan Pasukan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM). -EDISI UKAS

Share
0

add comment