PPV Dewan Masyarakat Tebedu Terus Terima Sumbangan

ISNIN, 19 JULAI 2021

TEBEDU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu sekali lagi menerima sumbangan berupa barangan makanan dan minuman kepada petugas di PPV berkenaan pada Isnin.

Kali ini, Pejabat Wilayah SALCRA Taee telah menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tebedu yang juga Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw.

Hadir melakukan penyerahan sumbangan tersebut ialah Oliver Vincent Sandom yang mewakili Pengurus SALCRA Wilayah Taee.

Sumbangan itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan di PPV Dewan Masyarakat Tebedu. -EDISI UKAS

Share
0

add comment