Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2 Di PPV Xin Fu Yuan Methodist Church

ISNIN, 19 JULAI 2021

SIBU: Seramai 1,163 orang telah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Xin Fu Yuan Methodist Church pada Ahad.

Menurut penyelaras PPV Xin Fu Yuan Methodist Church, Joseph Chieng Jin Ek, jumlah keseluruhan penerima vaksin setakat tiga hari program tersebut dijalankan adalah seramai 3,000 orang.

“PPV ini adalah untuk penduduk sekitar Tiong Hua dan Tong Sang yang sebelum ini merupakan dalam lingkungan zon merah.

“Jadi ianya sangat penting bagi penduduk di kawasan ini untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek menambah, pihaknya menggerakkan 10 pasukan ke setiap buah rumah bagi memastikan semua penduduk mendapatkan vaksin.

“Manakala yang hadir secara ‘walk-in’ pula akan diambil nama dan kemudian diproses tertakluk kepada kekosongan di PPV tersebut,” ujarnya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment