Sembilan Rumah Ibadat & Persatuan Keagamaan Di DUN Bukit Semuja Terima Dana UNIFOR

ISNIN, 19 JULAI 2021

SERIAN: Sebanyak sembilan buah rumah ibadat dan persatuan keagamaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja menerima sumbangan dana daripada kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Kuil Fu Guang Tong antara yang turut menerima sumbangan iaitu sebanyak RM50,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penganut Kuil Fu Guang Tong Serian yang hadir pada majlis penyerahan sumbangan berasa amat bersyukur atas sumbangan yang diberikan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR yang membantu semua pihak dengan sumbangan yang diberikan bagi membolehkan mereka membaik pulih dan menguruskan kuil.

“Terima kasih juga kepada John Ilus yang telah membawa pihak UNIFOR ke kuil pada pertengahan Mac bagi melawat dan meninjau keadaan kuil kami dan hari ini kami sudah mendapat bantuan sumbangan itu,” ujarnya lagi.

John Ilus turut menasihati Jawatankuasa Rumah Ibadah Agama-Agama Lain yang akan menerima sumbangan agar menggunakan sumbangan tersebut dengan sebaiknya demi kepentingan komuniti setempat. -EDISI UKAS

Share
0

add comment