ISNIN, 19 JULAI 2021
BINTANGOR: Jumlah penerima suntikan vaksin COVID-19 untuk dos pertama di daerah Meradong telah mencapai 14,778 atau 56.30 peratus setakat Ahad.
Angka tersebut terbahagi kepada dua lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu seramai 13,715 penerima di PPV Dewan Masyarakat Bintangor dan 1,063 penerima di PPV Mobile Outreach IPG Kampus Rajang Bintangor.
Manakala untuk dos kedua, seramai 8,715 orang penduduk daerah Meradong Berjaya melengkapkan suntikan dos di PPV Dewan Masyarakat Bintangor.
Sementara itu, pada Ahad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing sekali lagi turun padang bagi menyaksikan seramai 363 orang penduduk tampil mendapatkan vaksin untuk dos pertama dan kedua di PPV Bintangor.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan penduduk yang tercicir agar mendaftar nama di kaunter yang disediakan di PPV Dewan Masyarakat Bintangor.-EDISI UKAS