Seramai 250 Individu Divaksinasi Di PPV Dewan Serbaguna Kampung Semeba

ISNIN, 19 JULAI 2021

KUCHING: Seramai 250 orang individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di menerusi program vaksinasi bergerak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Kampung Semeba pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang turut meluangkan masa meninjau operasi vaksinasi di dewan berkenaan dan bertemu dengan para penerima vaksin.

Beliau turut menyumbangkan makanan dan minuman kepada para petugas di situ dan memantau prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh pihak berkuasa.

Pada masa sama, beliau difahamkan setakat ini tiada vaksinasi dilakukan dari rumah ke rumah di kawasan berkenaan disebabkan kekangan yang tidak dielakkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment