4,344 Individu Terima Vaksin Di PPV Dewan Sri Pantu

SELASA, 20 JULAI 2021

SRI AMAN: Seramai 4,344 orang di daerah Sri Aman telah menerima suntikan vaksin dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Isnin.

Menurut Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, pemberian vaksin bagi dos pertama dihentikan buat seketika sementara menunggu pendaftaran baharu.

Dalam tinjauan mendapati proses berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut ditugaskan bagi membantu para petugas kesihatan bagi memastikan  keselamatan dan kepatuhan SOP.-EDISI UKAS

Share
0

add comment