570 Orang Lagi Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua Di PPV Bintangor

SELASA, 20 JULAI 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing turun padang melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor.

Menurutnya, seramai 570 orang penduduk daerah Meradong telah menerima suntikan vaksin dos kedua di PPV tersebut pada Isnin.

Beliau menyeru kepada yang belum mendaftar atau tercicir nama untuk membuat pendaftaran di kaunter PPV Dewan Masyarakat Bintangor yang disediakan oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

“Saya berharap agar semua penduduk yang layak di daerah Meradong menerima suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19,” katanya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment