665 Individu Lagi Terima Vaksin Di PPV Dewan Masyarakat Tebedu

SELASA, 20 JULAI 2021

TEBEDU: Seramai 226 individu yang tercicir untuk menerima suntikan dos pertama telah mendapatkannya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu pada Isnin.

Penerima adalah dari Kampung Mayang Mawang, Kampung Kujang Plaman, Kampung Tesu Kura dan Kampung Bisira Rayang.

Dalam pada itu, PPV tersebut juga turut memberikan suntikan dos kedua kepada seramai 439 orang dari Kampung Mawang Tahup, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Huda, dan Kampung Mayang Mawang.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di situ mendapati program pemberian suntikan vaksin berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Penyelaras PPV Tebedu, Dr. Nor Shamira Mohd Radzi ketika ditemubual berkata, bagi individu yang sebelum ini tidak mahu menerima suntikan vaksin atas pelbagai alasan peribadi, mereka dikehendaki untuk segera mendaftar semula dengan Ketua Kaum masing-masing sebelum hujung Ogos ini.

Beliau juga berharap program pemberian vaksin diteruskan ke peringkat kedua iaitu untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

“Setelah selesai peringkat pertama program vaksinasi ini peringkat kedua pula diteruskan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

“Di dalam peringkat ini ramai di antara mereka masih bersekolah dan bu bapa mengharapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan proses vaksinasi untuk mereka,” katanya.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia