940 Individu Lagi Terima Dos Suntikan Vaksin Di PPV Dewan Akademi Bomba Bau

SELASA, 20 JULAI 2021

BAU: Seramai 940 orang individu lagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Akademi Bomba, Bau pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, seramai 935 orang adalah penerima bagi dos suntikan pertama mereka, sementara lima lagi melengkapkan dos suntikan kedua.

Tinjauan yang dilakukan mendapati program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 di Bau masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk daerah berkenaan.

Operasi di PPV berkenaan berjalan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment