ADUN Bukit Begunan Sumbang Bantuan Makanan Kepada PGA Kem Temudok

SELASA, 20 JULAI 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang turun padang menyerahkan bantuan makanan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Temudok Sri Aman pada Isnin.

Jelasnya, seramai 158 buah keluarga di kem tersebut dijangka menerima sumbangan bantuan makanan itu.

“Bantuan makanan ini adalah sumbangan bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban dan bagi menghargai pengorbanan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan,” katanya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment