ADUN Kabong Santuni Petugas PPV Balai Polis Kabong

SELASA, 20 JULAI 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menyumbangkan juadah makanan bersempena dengan Hari Raya Aidiladha kepada 70 orang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Polis Kabong pada Selasa.

Beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada petugas di PPV Balai Polis Kabong yang sentiasa memberikan komitmen bagi memastikan penduduk Daerah Kabong menerima suntikan vaksin making-masing.

Turut hadir ialah wakil ADUN Kabong, Nur Elffi Amir, Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Kabong, Dr Khairah Afira Rozali, Pegawai Daerah Kabong, Awangku Mohd Safaie, Ketua PEMUDA PBB N.40 Kabong , Shukri Peli, wakil RELA Kabong, Lily Sepawi dan beberapa pegawai kanan. –EDISI UKAS

Share
0

add comment