ADUN Mambong Serah Cek RM251,000 Kepada Tujuh NGO & JKKK, Serah Bantuan Kepada Penduduk Kampung Mambong

SELASA, 20 JULAI 2021

PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil menyampaikan cek RM251,000 kepada tujuh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan DUN Mambong.

Penyerahan cek tersebut diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Mambong pada Isnin.

Antara pertubuhan yang terlibat adalah JKKK Kampung Punau (RM5,000), Gereja St. Mark (UNIFOR) (RM60,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St. George Punau (RM10,000), Persatuan Kesedaran Kanser Wanita (RM30,000), Persatuan Benjamin (RM40,000), Persatuan Biannah (RM50,000) dan Persatuan Guru Besar (AGB) Kawasan Mambong (RM56,000).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu memberitahu, dana tersebut diharap dapat membantu pihak NGO dan JKKK melaksanakan aktiviti tahunan mereka.

Dalam program berasingan, Datuk Jerip Susil menyerahkan bantuan makanan dan keperluan wanita kepada penduduk Kampung Mambong yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Julai lepas.

“Sebanyak 287 ekor ayam dan 300 Kilogram ikan segar telah diserahkan ke Bilik Gerakan PKPD Mambong untuk diagihkan kepada penduduk kampung,” katanya. –EDISI UKAS

Share
0

add comment