Golongan OKU, Pesakit Kronik Dan Miskin Terima Sumbangan Melalui Program Ziarah UKAS

SELASA, 20 JULAI 2021

ENGKILILI: Seramai 50 orang golongan yang memerlukan menerima sumbangan menerusi Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Bangkong, Ensawang Skim Skrang pada Isnin.

Penerima bantuan tersebut adalah melibatkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin tegar dan pesakit kronik.

Mereka telah menerima bantuan berupa bakul makanan iaitu seperti makanan kering, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pegawai Menguasa Daerah Kecil Engkilili, Brin Munsang dan dilakukan melalui penghantaran dari rumah ke rumah oleh Tuai Rumah masing masing.

Sehubungan itu, para penerima bantuan bakul makanan tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UKAS kerana telah meringankan beban semasa pandemik COVID-19 ini.-EDISI UKAS

Share
0

add comment