Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, ADUN Balai Ringin Serah Sumbangan Peladang Prihatin

SELASA, 20 JULAI 2021

PANTU: Bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan, Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan menyempurnakan penyerahan sumbangan menerusi Peladang Prihatin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin memberitahu, sumbangan makanan dapur dan sayuran kepada petugas barisan hadapan itu adalah satu daripada cara untuk merakamkan penghargaan kepada mereka.

Sementara itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pertanian Pantu kerana menjayakan program sumbangan Peladang Prihatin.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyeru rakyat di kawasan berkenaan untuk mendapatkan vaksin dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Datuk Snowdan turut menyerahkan cek bernilai RM10,000 kepada SJK Chung Hua Pantu bagi menaik taraf padang sekolah. -EDISI UKAS

Share
0

add comment