Jemaah Di Masjid Bandar Sri Aman Tunai Solat Sunat Aidiladha Ikut SOP

SELASA, 20 JULAI 2021

SIMANGGANG : Solat sunat Aidiladha di Masjid Bandar Sri Aman dilaksanakan dalam suasana norma baharu dengan kehadiran seramai 170 orang sahaja.

Ia adalah selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam keadaan negeri sedang menjalani tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi fasa kedua.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di situ pada Selasa, para jemaah didapati hadir dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Dalam pada itu, mereka juga mengekalkan penjarakkan fizikal masing-masing serta mematuhi jumlah jemaah yang dibenarkan dalam masjid bagi mengekang penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment