JKM Hantar 538 Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Tinjar

SELASA, 20 JULAI 2021

TINJAR: Hujan lebat yang berlaku pada minggu lalu telah  mengakibatkan banjir di kawasan Tinjar. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri telah menghantar 538 bantuan makanan ke kawasan tersebut dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspress pada Isnin. 

Antara yang menerima bantuan makanan ini ialah Kampung Long Loyang,  Sekolah Kebangsaan (SK) Long Loyang, Klinik Kesihatan Long Loyang, Kampung Long Batan, Kampung Long Sobeng dan SK Long Sobeng. 

Turut membantu dalam penghantaran makanan itu ialah kakitangan Pejabat Daerah Beluru, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share
0

add comment