Ketua Menteri Tunai Solat Aidiladha Dalam Norma Baharu Di Masjid Jamek

SELASA, 20 JULAI 2021

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek di sini pada Selasa.

Solat sunat yang berlangsung dalam suasana norma baharu itu bermula pada pukul 8.15 pagi dan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Dato’ Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) turut dipatuhi semasa solat sunat tersebut dilakukan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Turut mengiringi Ketua Menteri adalah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan beberapa tetamu kenamaan yang lain.-EDISI UKAS

Share
0

add comment