NGO Di Mukah dan Bukut Salur Bantuan Kepada Petugas Di Tiga PPV

SELASA, 20 JULAI 2021

MUKAH: Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Mukah dan Bukut di sini tidak ketinggalan menghargai jasa dan pengorbanan petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) dengan menghulurkan bantuan.

Sumbangan tersebut diagihkan kepada PPV Dewan Suarah Mukah, Mobile PPV Klinik Kesihatan Bukut dan Mobile PPV Klinik Kesihatan Balingian pada Isnin.

Menurut Penyelaras PPV Daerah Mukah, Nolin Gendang, pihaknya amat berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat dan agensi di Mukah, kawasan Balingian dan kawasan Jalan Mukah-Selangau yang memberi sumbangan kepada petugas di tiga PPV berkenaan.

Setakat Isnin, seramai 1160 penduduk telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan 720 telah melengkapkan dos kedua manakala 200 menerima dos pertama di PPV Dewan Suarah Mesra Mukah.

Mobile PPV Klinik Kesihatan Bukut pula menyaksikan seramai 240 penduduk telah menerima dos pertama. – EDISI UKAS

Share
0

add comment