Penyelarasan Projek Pembangunan Di Sadong Jaya Dapat Perhatian ADUN Simunjan

ISNIN, 19 JULAI 2021

SADONG JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris mengadakan perjumpaan bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi Zon Rangawan untuk membincangkan penyelarasan projek pembangunan di kawasan berkenaan, pada Isnin.

Perbincangan yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Terasi Ulu tersebut menyentuh mengenai persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang dengan pengamalan norma baharu.

Turut ditekankan berhubung projek-projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan dan Zon Rangawan.

Jelas Awla, segala projek untuk rakyat di konstituensi berkenaan adalah untuk kebaikan bersama tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa, disamping memastikan Simunjan tidak terlalu jauh ketinggalan berbanding kawasan lain.

Dalam program berasingan pada sebelah petangnya, Awla bersama rombongan mengadakan lawatan ke Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Menaiktaraf Dewan Kampung Senangeh yang telah siap sepenuhnya.

Projek yang menelan kos sebanyak RM180,000 itu dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut perancangan oleh kotraktor Irawan Enterprise.

Menurut Awla, dengan siapnya naiktaraf Dewan tersebut, maka penduduk setempat boleh menjalankan segala program dan aktiviti dengan lebih selesa.

Sejurus selepas itu, lawatan diteruskan ke tapak Cadangan Kerja-Kerja Penahan Hakisan Sungai di Kampung Sungai Buluh yang telah bermula pada Oktober 2020.

Projek bernilai RM5,433903 di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) sepanjang 305 meter itu sedang rancak dijalankan oleh kontraktor Mexajati Sdn Bhd bersama PS Konsultant Sdn Bhd dan dijangka siap pada Oktober tahun ini.

Turut serta dalam lawatan, Timbalan Ketua Cawangan Simunjan,Bojeng Ali, Ketua Pergerakan Wanita PBB Simunjan,Rosita Poni serta Ketua PBB Zon Rangawan, Rafendy Ariffen. -EDISI UKAS

Share
0

add comment