Sambutan Aidiladha Dirai Sederhana Di Asajaya, Solat Sunat Dilakukan Ikut SOP Ditetapkan

SELASA, 20 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN: Sambutan Hari Raya Aidiladha di Asajaya pada tahun ini agak berbeza berbanding sebelumnya kerana Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan untuk menangguhkan ibadah korban bagi memutuskan penularan COVID-19.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ke Masjid An-Najah Daerah Asajaya pada Selasa mendapati jemaah yang mendirikan solat sunat Aidiladha mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Lembaga Fatwa Negeri Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jawatankuasa Pengurusan (JKP) masjid tersebut juga telah melakukan senarai pendek nama jemaah yang terdiri daripada penduduk kampung yang berdekatan.

Para jemaah juga dikhendaki menggunakan pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman sebelum masuk ke masjid.

Pihak JKP masjid juga telah menghubungi setiap seorang jemaah bagi tujuan pengesahan kehadiran dan peringatan peraturan sebelum hadir berjemaah di masjid. -EDISI UKAS

Share
0

add comment