Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Daerah Simunjan Patuh SOP Ditetapkan

SELASA, 20 JULAI 2021

SIMUNJAN: Solat sunat Aidiladha di Masjid Daerah Simunjan berlangsung dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada Selasa.

Tinjauan mendapati semua jemaah mematuhi SOP COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Fatwa Negeri Sarawak, Majlis Islam Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semua jemaah yang hadir juga membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan mengambil bacaan suhu badan serta merekod nama.

Tahun ini merupakan tahun kedua solat sunat Aidiladha dijalankan dalam keadaan norma baharu.

Bagaimanapun, jemaah tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha secara berjemaah. -EDISI UKAS

Share
0

add comment