Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Pengkalan Kuap Patuhi SOP

SELASA, 20 JULAI 2021

KOTA SAMARAHAN: Penduduk Kampung Pengkalan Kuap yang beragama Islam telah menunaikan solat sunat Aidiladha dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam keadaan negeri sedang menjalani tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi fasa kedua.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di Masjid Darul Ibadah Kampung Pengkalan Kuap pada Selasa, para jemaah didapati hadir dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Dalam pada itu, mereka juga didapati mengekalkan penjarakkan fizikal masing-masing serta mematuhi jumlah jemaah yang dibenarkan dalam masjid bagi mengekang penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS

Share
0

add comment