Umat Islam Di Lundu Patuh SOP Solat Sunat Aidiladha

SELASA, 20 JULAI 2021

LUNDU: Umat Islam di daerah Lundu telah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Daerah Lundu iaitu Masjid Pehin Sri Adenan pada Selasa.

Para jemaah yang hadir di masjid tersebut adalah mengikut kuota jemaah yang dibenarkan masuk iaitu 150 orang sahaja.

Berdasarkan tinjauan, mereka mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan kesihatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak.

Solat sunat Aidiladha di situ telah dipimpin oleh Imam Sarkawi Hasim, manakala khutbah disampaikan oleh Imam Arim Eli.-EDISI UKAS

Share
0

add comment