1,155 Lagi Individu Terima Suntikan Vaksin Di PPV Dewan Akademi Bomba Bau

RABU, 21 JULAI 2021

BAU: Seramai 1,155 individu lagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau pada Selasa.

Daripada jumlah itu, seramai 441 orang menerima dos pertama suntikan vaksin jenis Sinovac.

Manakala seramai 714 orang lagi merupakan mereka yang melengkapkan dos suntikan kedua vaksin yang sama.

Program yang bermula pada pukul 8 pagi itu berjalan lancar dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) sehingga tamat pada pukul 4 petang.-EDISI UKAS

Share
0

add comment