169 Petugas Barisan Hadapan Di PPV Dinner World Bintulu Terima Buah-Buahan

RABU, 21 JULAI 2021

BINTULU: Seramai 169 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dinner World Bintulu menerima bantuan berupa buah-buahan di bawah Program Peladang Prihatin. 

Simbolik penyerahan hasil tani tersebut telah disampaikan Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu, Anggang Jimbun kepada Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung Hsien Liang dan disaksikan Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing dalam satu majlis ringkas di PPV Dinner World Bintulu pada Rabu. 

Terdahulu, turut menerima sumbangan buah-buahan ini ialah petugas dan sukarelawan di PPV Dewan Sukan BDA Kidurong dan PPV Balai Raya Sebauh pada Isnin dan Selasa lepas. 

Selepas ini, sumbangan yang sama juga akan diserahkan kepada PPV Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan PPV Dewan Sukan Tatau. 

Program Peladang Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak  melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam membantu petani membeli hasil pertanian dan buah-buahan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 untuk diserahkan kepada petugas barisan hadapan di PPV seluruh Sarawak. 

Ini sekaligus membantu petani yang tidak mendapat menjual hasil pertanian di sepanjang tempoh pandemik COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment