30 Penduduk Kampung Haji Baki Terima Bantuan Makanan Sempena Program Operasi Bantuan PDRM

RABU, 21 JULAI 2021

KUCHING : Seramai 30 penduduk di Kampung Haji Baki menerima bantuan bekalan makanan bersempena Program Operasi Bantuan yang dianjurkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kota Padawan pada Selasa.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan, Lo Khere Chiang kepada Penghulu Sabtuyah Yusuf dan Ketua Masyarakat Kampung Haji Baki.

Objektif program ini  bertujuan membantu golongan yang terkesan semasa pandemik COVID -19 ini, khususnya golongan asnaf.

Turut serta dalam program tersebut, pihak ahli Majlis Perbandaran Kota Padawan, Ketua Masyarakat kawasan Batu Kitang, serta anggota RELA. -EDISI UKAS

Share
0

add comment