550 Orang Lagi Lengkapkan Vaksinasi Di PPV Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong, Sebangan

RABU, 21 JULAI 2021

SEBUYAU: Seramai 550 orang lagi melengkapkan vaksinasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 ‘Outreach’ di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Ladong, Sebangan pada Rabu.

Proses vaksinasi berjalan lancar dan terkawal dengan para penerima vaksin memberikan kerjasama dengan petugas barisan hadapan di situ.

Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Sebangan selaku Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Zon Sebangan, Dr. Nurul Huda Aziz memberitahu, kesemua para penerima vaksin hadir mengikut janji temu yang ditetapkan.

Katanya, kebanyakan penerima hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, para penerima vaksin berasa sangat gembira dan bersyukur kerana telah melengkapkan vaksinasi dan merakamkan penghargaan kepada kerajaan dalam menyediakan vaksin secara percuma. -EDISI UKAS

Share
0

add comment