76 Kes Varian Delta Baharu Dikesan Di Sarawak

RABU, 21 JULAI 2021

KUCHING: Sebanyak 76 kes varian Delta baharu telah dikesan di negeri ini.

Menurut Prof Dr David Perera dari Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kes dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan varian SARS-COC-2.

“Sampel dari kes positif diuji di antara 7 Jun hingga 13 Julai lepas.

“Daripada kesemua kes itu, sebanyak 52 kes dikesan di Kuching,” katanya dalam kenyataan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Rabu.

Tambah beliau lagi, kes dikenal pasti dalam sampel yang diambil dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok dan beberapa lokasi lain di Kuching.

“Selain itu, varian ini juga telah dikesan di Serian (11), di Samarahan (3) Sri Aman (5) dan di Sibu serta masing-masing satu kes di Miri dan Betong.

“Kes-kes itu dikesan di bawah kategori ‘Import A’ dan ‘Import B,” ujarnya.-EDISI UKAS

Share
0

add comment