ADUN Machan Turun Padang Serah Cek PPRMS

RABU, 21 JULAI 2021

MACHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong pada Rabu turun padang untuk mengagihkan cek Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) kepada beberapa rumah panjang di sekitar kawasannya.

Dalam lawatan itu, beliau menyerahkan cek kepada JKKK Kampung Serugin, JKKK Rumah Benar dan JKKK Rumah Andreas Nibong.

Projek PPRMS Pusat Khidmat N50 Machan merupakan satu komitmen berterusan Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu golongan yang susah di Daerah Kanowit.

Ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk meneruskan kesinambungan usaha membantu rakyat miskin di Sarawak selepas kerajaan pusat menghentikan usaha tersebut.

Projek ini akan memastikan mereka yang layak menerima akan memiliki rumah selesa untuk didiami selepas dibaikpulih. – EDISI UKAS

Share
0

add comment