ADUN Repok Terus Komited Bantu Penduduk

RABU, 21 JULAI 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii meneruskan komitmen beliau dalam membantu rakyat yang memerlukan di kawasannya.

Pada Selasa, beliau sekali lagi menyumbang katil kepada dua orang penduduk yang terlantar dan dihantar wakilnya, Penghulu Huang Tiong Kang.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Chan Kai Fei berusia 80 tahun di Jalan Keli dan Tiong Tong Moi, 88 tahun di Sungai Merudu.

Ahli keluarga penerima merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Sri Huang di atas sumbangan tersebut yang amat bermakna kepada mereka. -EDISI UKAS

Share
0

add comment