Dana UNIFOR Berjumlah RM410,000 Untuk Rumah Ibadat Agama-Agama Lain

RABU, 21 JULAI 2021

SIBURAN: Sebanyak lima kampung menerima bantuan dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR)  berjumlah RM410,000 di Dewan Parish St Matthew Kampung Mundai pada Selasa.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah We Inn telah menyempurnakan penyerahan bantuan dana tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu berkata, penyampaian dana tersebut merupakan permohonan bantuan dana rumah ibadat agama-agama lain fasa pertama bagi tahun ini.

Katanya, bantuan telah diserahkan kepada penerima iaitu bagi membina Gereja St. Rita Cascia Kampung Pesang sebanyak RM50,000, menyiapkan Chapel St. Swithun Kpg Plaman Payang, Serian (RM80,000) dan baik pulih Gereja St Agnes Kampung Serumah, Siburan (RM80,000).

“Dana tersebut juga telah diserahkan kepada penerima bagi menaiktaraf Gereja St Bonaventure, Kpg Mundai dan menaik taraf Gereja St Matthew Kampung Kampung Mundai masing-masing mendapat RM100,000,” katanya. -EDISI UKAS

Share
0

add comment